December 31, 2014

HAPPY HEW YEAR 2015!


ayie mintak tolong, tolong baca sampai habis :') terima kasih :')

Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun baru kan? umur pun makin bertambah . Bila dah umur bertambah, maka dengan tak semena mena tanggungjawab kita bertambah. Betul tak? (: kenangan tahun 2014 tak mungkin saya dapat lupa . Banyak kenagan manis . Swemuanya sweet sweet belaka. Sweet bila kita satu kelas makan suap menyuap :') makan guna sudu yang sama , cawan yang sama :") kita gelak sama sama , gembira bersama , sedih sama sama , merintih sama sama dan yang paling aku tak dapt lupakan kita kawan ramai ramai rancang nak pergi trip tapi last last cancel sebab tak cukup duit :') korang tau? aku rindu sangat time time ni . walaupun aku dalam kelas seolah olah terpinggir , tapi aku tetap rindu korang . mungkin perasaan aku saja kut . atau mungkin aku yang tak pandai bergaul dengan korang even dah 1 tahun aku stay tiap tiap hari dengan korang :') Aku terharu bila korang  wish birthday kat aku :') aku pergi tandas lepas tu . korang tau aku buat apa.? air mata aku jatuh sebab? aku terharu sangat ! Cukup dengan wish tu aku sangat hargai . aku tak perlu hadiah yang mahal . tak perlu juga yang murah . Cuma aku mintak secebis ikhlas korang wish kat aku birthday :') time aku jatuh sebab kawan yang paling rapat dalam kelas , korang seolah olah pandang hina kat aku . Tapi tak pa , sebab korang kawan kawan aku , walaupun tak rapat tapi aku selalu ingat korang sebab? aku sayang korang Insya-Allah . setahun 2 bulan aku hidup tanpa handphone. boleh ja aku hidup , tak sakit pun aku? berat badan makin naik adala. huhu... tpi bila aku balik kampung , kampung sekarang dah moden dah ada wifi dah , dah ada internet "semua di hujung jari" katakan. Sepupu sepupu aku terutama dia yang paling rapat dengan aku hanya sibuk dengan handphone masing masing. aku kat sebelah macam tongkol kayu . aku cakap tak di layan . dah tu baru sehari ja aku tak layan dia, dia kata aku ni abaikan dia , buang dia bla...ba...bla... (perasaan aku koe tak fikir pulak?) tapi aku tak simpan marah aku . aku lepaskan tapi bukan dekat kau , cuma berdialog dengan hati aku saja. bila time birthday aku 8 mac . satu saja yang muncul dalam fikiran aku.. MH370 . hari bahagia aku direntap dek pesawat misteri ni. terkilan? ada la sikit . but its okey . semua ada hkmah disamping apa yang berlaku. tahun 2014 kian berakhir kan? kernap pukul 12 malam nih , aku Azyyati binti Abdul Kudus dah berusia 15 tahun :') Ya Allah . cepatnya masa berlalu . Rasa macam baru semalam ja aku masuk sekolah menengah. Ya Allah Engkau ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku , dosan kakak-kakak ku abang ku, orang yang rapat denganku orang mengenali ku musuh musuh ku kawan karib ku . Andai aku bersalah ke atas mereka lembutkanlah hati mereka memaafkan ku. panjangkan umur kami semua . rahmati hidup kami semua. berikanlah kami rezeki . Amin yarabbal alamin. berat rasa ingin melangkah ke alam yang baru. Ya Allah mampukah aku menjalani hidup ku tahun hadapan?  bantu aku Ya Allah sempurnakan hari hari ku. :')


masuk waktu 00:00 hari ni, maka bermulalah satu episod baru dalam kamus hidup setiap manusia. hari demi hari membesar. tahun baru bukanlah satu yang janggal untuk kita semuakan.? tiap-tiap tahun kita sambut. kejadia kejadia yang berlaku tahun 2014 , banjir besar pantai timur , pesawat MH370, MH17, pesawat QZ8501 , peperangan di GAZA yang meragut beribu orang (takbir..!!! ALLAHUAKBAR) moga menjadi iktibar untuk kita , Dunia semakin hari semakin tua . Kiamat dah bagi tanda kehadiran dia . Dengan tahun baru ini tanam azam untuk ubah diri menjai baik kepada yang lebih baik dan yang lebih baik kepada yang terbaik.! boleh..??? Insya-Allah :) semoga mendapat hidayah petunjuk baharu di tahun yang baharu ni. ALLAHUAKBAR .Allah Maha Besar

datangnya penuh kemeriahan
disusuli berita yang menggemparkan
kehilangan pesawat MH370 menjadi igauan
di tambah lagi dengan MH17 di tembak seperti tiasa perasaan

hati terguris ketika mendegar jeritan GAZA
jiwa terluka apabila bunyi Bom dilepaskan
kanak-kanak,si dewasa menjadi taruhan
kami salurkan bantuan namun tersekat di tengah jalan
hanya doa sahaja kami dapat berikan.

dunia yang kini yang kian maju
menjdi kucar kacir 
apabila adanya individu yang tak bertanggungjawab
membocor menyebar jawapan ujian UPSR
akibatnya murid murid menjadi mangsa 
kami yang baru bertatih ini menjadi mangsa.
Allah! sungguh kejamnya..!

kesedihan melampau dengan hadirnya air deras.
air yang menggelamkan hampir keseluruah negeri Kelantan.
Allah . Dia menunjukkan kuasanya.
membersihkan dosa kita.
memberi kesedaran kepada kita.
bahawa kiamat makin hampir.

menjelang tahun 2015
moga senyuman kami bertahta kembali dibibir
mimik muka kecerian hadir menemani hari hari kami
kembalikanlah sengihan yang kian pudar ini
menjadi senyum yang ikhlas dari hati.


#tahun baru , azam baru . :)
#apa yang berlaku tetap berlaku, apa yang terjadi tetap terjadi
#life must go on . hidup kena teruskan.
#kembalikan aua kebahagiaan kepadaku , kepada kami Ya Allah..

good bye 2014
assalamualaikum 2015 salam perkenalan yang disusuli dengan rahmat Insya-Allah :)

sekian

sayang,ayie


kawan

korang sakit hati tak bila tiba tiba ada orang hantar chat dekat korang tak kesah le kat facebook ke (https://www.facebook.com/kakakkaca.mata8) kat wechat ke (ID:ayat_azyyati) or anything application sekali pun "hang ni sape ek? awat pelik sangat name" perghhh..! terbako rasa hati aku. aku rasa macam nak tikam je dengan pisau tumpul (aku tak kejam nak guna yang tajam hehe...) tanpa memberi salam okey. =,= bila orang bagi salam , tak jawab pulak . time tu memang kemuncak aku marah. lagi membara bila aku tanya "koe sehat? ape cer? lama aku tak nampak status koe?" dia hanya "seen" tanpa "repley" fine! aku baca balik dia punya chat dengan aku. tiba-tiba....

        "weh! kesat kot bahasa dia guna.! cer kalau aku ni makcik lakan yang umur lingkungan 30-40-an , ape agak aku nak kata ek? mungkin..."anak jaga bahasa sikit cakap dengan makcik yang berpangkat mak kamu ni. ini la anak muda zaman sekarang! tak hormat langsung..! tak ada kesedaran sivik.! langsung tak... bla ... bla ... bla ..." haaaaa..! nak cakap apa.? Nak tegur tuh boleh tapi bahasa jaga BAHASA JIWA BANGSA okey?

         kenapa aku marah sangat? sebab mamat tu, yang aku tolong dia dulu , yang aku dengar masalah dia dulu , yang aku bagi nasihat kat dia dulu , yang dia carik aku time gaduh dengan awek dia , time dia sedih kena clash dengan awek dia , mamat tu boleh lupa aku? dia boleh tak ingat nama aku , dia boleh lupa persahabatan kami dulu , dia boleh lupa siapa yang tolong dia dulu , yang boleh lupa kawan baik dia sendiri (takde la baik mana. baek jugak kan? hehe...) . kawan macam memang layak dipijak secara berjemaah sampai mampuss, solat jenazah untuk dia , gali lubang kubur jemaah untuk dia , dengar talkin imam untuk dia .!

        aku tak pernah lupa kawan kawan aku, ya mungkin ada yang aku lupa (aku tak sempurna) , tapi kawan kawan aku banyak tak ingat aku , banyak lupa aku , banyak yang tak pernah ambik tau langsung perkembangan aku , yang banyak tikam belakang aku , yang banyak kencing aku , yang bayk tak behasrat baik terhadap aku. ! tapi kenapa aku tak balas apa yang kawan kawan aku buat? sebab aku bukan pendendam ! kawan kawan aku tetap kawan kawan aku sampai aku mati.! tapi aku tak rasa bila aku mati kawan kawan aku sedekah Al- fatihah kat aku , sedekah yassin kat aku, , melawat pusara aku. kalu ada pun berapa kerat sangat .? aku sangat menjaga hubungan berkawan even dengan bukan Islam sekali pun!

      korang sakit hati tak bila kawan korang buat macam tuh kat korang? mestilah sakitkan? lain la kalau korang tak ada perasaan. aku tulis ni bukan sebab apa. aku cuma nak korang tau , kawan kawan aku tau yang nilai persahabatan lagi penting dari duit.!

 sekian.

sayang, ayie