March 26, 2015

Orang Gila

Assalamualaikum semua! sehat? Alhamdulillah :)
Harini Azie nak sentuh pasal "orang gila"
Hahaha sounds like "orang gila??!!"
Ya orang gila . Orang gila yang kita selalu geli tu . Ala yang merempat tepi jalan tuh .
Apa yang nak digelikan sangat aku pun ta tau .


Orang gila ni sebenarnya ahli syurga korang tau tak?
Ya kita yang cukup akal ni adalah ahli neraka . Eh?! kenapa pulak neraka?
Erm .. tanya ustaz Abdullah Khairi .. hehe

Orang yang kita geli . Orang yang kita kutuk. Orang yang kita dok mengata tu.. sebenarnya ahli syurga. :) Azie nak tanya korang . Kenapa ramai individu selalu sangat pandang rendah dekat oran gila. Kenapa? Adakah sebab dia kotor ? busuk? tak mandi? berdaki ? Yang lagi pelik .. orang yang selalu kutuk golongan ni adalah orang yang golongan atasan .. yang kaya .. yang dipandang tinggi
HAHA itulah kenyataan dunia..

Orang yang harta , duit dah melimpah ruah dia bagi lagi bantuan .. dia bagi lagi duit . Tapi kami yang miskin ni? yang papa kedana ni? yang memerlukan duit ni? Hampa tak mau hulur pulak? -_- Go To Hell !!


Tolonglah jangan nak hina sangat diorang.. diorang tak tau apa apa .  Malah diorang ahli syurga ! korang kutuk korang dapat dosa diorang tak dak apa. ! malah syurga menanti :)

kalau kita pandang dunia .. pandanglah orang yang lagi bawah dari kita . kalau kita pandag akhirat .. pandanglah orang yang lagi atas daripada kita .


Wallahua'lam bissowab

March 15, 2015

nowdays

Assalamualaikum bagi yang beragama Islam . Selamat petang bagi yang bukan :) today i would like to tell u guys about "world nowdays" dalam bahasa melayunya "dunia sekarang"
Banyak yang kita boleh discuss tentang zaman sekarang. perbezaannya nampak sangt ketara.
tak percaya? read next paragraf :D



Hermmmm... Azie ada baca kat status facebook ( https://www.facebook.com/kakakkacamata ) tentang budak darjah 3 couple . Kau rasa? fuhh! maju betul!
Well .... sometimes Azie terfikir sorang sorang. Adakah perubahan dunia ni baik untuk kita atau lebih memudaratkan kepada kita. Kat Malaysia cukup la untuk Azie jadikan contoh. Rasanya korang boleh kot fikir sendiri kan?

First..pasal Internet . Sosial .apa lagi? banyakkan ? Internet ni bagus sebenarnya kalau kita PANDAI guna! TApi yang menyedihkan aku sekarang.. ramai yang guna dengan tujuan tak elok misalnya tengok gamba gamba lucah filem filem porno. oh!! apa yang ada dalam fikiran diorang . KESAL!

kat internet ni banyak juga kes kes jenayah . kononnya janji la tak tinggal lepas bagi duit.. fuh manisnya mulut . lepastu apa? lesap? 2 3 4 ribu duit lesap? Ada jugak yang style pukau pukau. banyaknya perempuan la yang kena.! GRRR.. -_-


Selfie . dunia sekarang sinonim betul dengan pertaan nih . Dah ada selfie . Kenalah ada wefie . Hoho banyak betul istilah zaman sekarang nih. Stalk la.. bash la.. hentah natang hapa lagi aku tak tau! kalau pegi mana man mesti nak selfie. macam macam gaya ada. Duck face? Puppy face? Masing masing poyo jelebih. Buat ala ala manja . piuhh! hang nak bagi sapa tengok? simpan untuk laki hang dah kot! ergh! ok. kubor lain lain. hope kubr aku bukan tepi kubur kau . tak tenang aku asyik dengar kau menjerit nanti . :P


One more . sekarang dunia gajet dah jadi barang keperluan . Kalau dulu gajet such as fone laptop.. or anything else yang berkaitan ,, dulunya barang kemahuan . means kalau ada pun tak pa kalau tak da pun takpa .tak penting . tapi sekrang????? fuii. aku toleh kanan telefon aku toleh kiri laptop tengok depan iPad pusing belakang tudia!! monopod panjah 1 KM !

Gajed... penyebab sesebuah hubungan such as friends.. or family.. rengang dowh.. tak percaya? tengok anak muda sekarang .. jumpa family still belek fone . jumpa kawan first first maybe la nak sembang "wey ko pe cer?" lepas 15 minit? menatap jugak fone . apenak jadi la.. layah penampar jemaah jah... hewhewhew.

Peningkata dunia sekrang ada jugak baiknya . contohnya .. Malaysia kalau tak membangun. jadik la katak bawah tempurung . tak berdunia dengan yang luar . tak tau perkembangn semasa . apa yang jadi dalm dan luar negara . nah.. hahah.! tak open minded langsung..!


So.. kebangkitan dunia baru kadang kadang bagi impak yang positif + negatif dekat ? kita .... 

p/s : sorry post kali agak bercelaru. campur menglish huhu. sorry if tulisan tak kena . sbb azie x semak pun. :3 enjoy reading ! ^_^







March 08, 2015

happy birthday

Asslamualaikum semua ^_^ .
hari mi birthday azie tau ^_^ . 8/3 . hari ni jugak dah gernab setahun MH370 hilang . hari ni jugak merupakan hari wanita sedunia . wah wah ! banyak betula ye bersangkutan dengan tarikh 8/3 ni ? 



Walaupun hari ni hari lahir azie . tapi azie sdih sangat sebab? sebab azie sorang sorang :') tak de sapa pun kat rumah . azie kena tinggal kat rumah . mak ayah dengan tok pergi umrah . adik beradik laen pergi hantar diorang . Kenapa Azie tak ikut? sebab Azie exam . sedihkan kena tinggal? sudah la hari birthday azie :') tapi tak pa.. azie redha sebab mungkin ada kejutan Allah nak bagi kat azie nantikan? siapa la tau . :) kita cuma mengharap . Allah yang tentukan :)

Kelmarin ma beli kek :) tapi semalam tak poptong pun sebab azie ade kelas balek kelas dah letih . pastu pagi tadi mak ayah dan tok dah gerak pagi pagi lagi pergi kl. so tak sempat pun nak jamah kek tu. pastu hari ni bi;a nak jamah . Azie sorang sorang . tak da sapa teman.. merambu air mata keluar . kek tu pun tak di jamah jugak. ada lagi statik dalam peti sejuk . Azie tak boleh nak makan. nanti mesti azie nangis :') sebab tu azie tak nak . ingat nak simpan kek tu sampai hari sabu ni.. sebab Akak azie da balik . maybe ada dia hilang sikit rasa sunyi . tak ada la nak nagis selalu. harap kek tu okey lagi sampai hari rabu . 


HAPPY BIRTHDAY TO ME :')
MAY ALLAH BLESS ME :')

Azie wish untuk diri sendiri . sebab apa? sebab tk ada sapa sudi wish dekat azie :') apatah lagi hadiah . memang tak nak dapat . tapi azie tak kesah , sebab azie just nak ucapan ikhlas dari hati . itu saja . tak perlu hadiah mahal mahal . murah murah pun tak payah . azie tak perlu semua tuh :')

baru aku tau rasa bila family berjahan dengan aku.. aku rasa kosong sangat. sunyi . deep missing ! ni nak exam pulak hari selasa. stress rasa . tak apala . dugaan azie kot :') husnuzon je la .

8 mac 2015
15 years old
sadness!
birthday paling sedih sepanjang 15 tahun aku hidup!

February 25, 2015

gemuk

Assalamualaikum semua .. hari ni azie nak discuss pasal "perempuan gemuk" . Apa pandangan korang pasal "perempuan gemuk" . Atau korang sendiri mengalami benda ni? . Baik lelaki , baik perempuan , sama saja :) 

orang selalu memperendahkan orang gemukkan? tambah tambah yang nak mencari jodoh tu kan? selalu ayat macam ni la dia guna.
"kau tu dah la gemuk , cermin sikit diri tuh ! jangan nak memilih sangat ! kau pun buaknnya laku sangat !"

Fuhhhh!! azie paling tak boleh terima ayat tuh . apa ingat orang gemuk ni tak ada perasaan? tak ada hati? tak ada otak ? . Alahai .. kami pun manusia jugak . cuma fizikal kami agak "comel".

orang yang badan agak cantik . tolong jangan tambahkan saham dosa korang dengan kutuk kami boleh ? memang kami gemuk tapi kami ada hak nak menilai , ada hak nak memilih . Kalau tak suka terus terang , tak perlu kutuk balakng belakang . Oh! lupa .. badan kami kan besar? korang takut kene hempuk dengan kami ek ? pengecutnya awak ? 
HAHAHA


Biarlah kami gemok . kami gemok sebab mak kami masak sedap sedap . korang kurus mesti mak korang masak tak sedapkan? HAHAHA.!

walaupun kami gemok , kami tetap ada kekurangan dan kelemahan macam awak awak yang kurus kurus tu :) sebab kami tetap manusia . Manusia ialah sebaik baik kejadian . Allah cipta kami macam ni . nak buat macam mana? kami bersyukur jala sebab sekurangnya Allah bagi kami badan :) kalau Allah tak bagi .. korang jugak yang lari kalau kami tak ada badan . Ramai orang pandang jijik dekat orang gemok . Kenapa? Tak puas hati ke? yela ... kami ada lemak , korang tak da . jeles la tewww 
-_- .. buuuu!


jangan hina kami . sebab korang hina kami maknya korang hina ciptaan Allah :) pahala korang pun korang sedekah dekat kami free free je kan? HAHAHA tqvm !

kongklusinya, kami gemuk bukan sebab kami nak :) tapi sebab Allah dah tetapkan . kami terima saja.. jangan sampai yang kutuk kami tu GEMOK lagi dari kami nanti sudah la.. kita tak tau apa akan jadi . :)


yang benar,
azie.

February 13, 2015

pasaraya sri utama terbakar

Assalamualaikum . Hari ni negeri perlis dikejutkan dengan berita kebakaran dekat pasaraya sri utama , kangar. kejadian berlaku kira kira pukul 2.15 petang macam tu (tak pasti pkul brapa). yang menakutkan warga perlis adalah kawasan pasaraya tersebut yang terletak diantaran stesen minyak caltex dan petronas serta shell . Di harapa tuan pasaraya ini yaitu Pakcik Chot tabah menghadapi ujian . Aminn.

menurut ayah aku ., waktu dia keluar masjid yang terletak di tepi telekom yang berhadapan dengan pasaraya itu , keadaan normal . 

betul betul di belakang pasaraya tersebut ada perumahan . pasaraya ini juga terdapat cawangan di Behor Pulai. Nasib baik balai bomba dekat (kat belakang Masjid Putra) Kalau idook.. memang 100% kedai tu hangus . Kejadian ini dipercayai sebab litar pintas yang ada dalam pejaat dalam pasaraya tersebut . Nasib baik hari jumaat , selalunya pasaraya ini memang ditutup ketika orang menunaikan solat jumaat , makanya tak ada orang dalam pasaraya tersebut.

Ada hikmah disebalik apa yang berlaku . kehidupan tak akan bahagia kalau tak ada ujian . right..?? ni azie sertakan gambar gambar time terbakoo tadi . :)





January 29, 2015

lelaki ?!

" Lelaki semua sama ja "
Kaum hawa selalu cakap macam ni kan?
Awak silap kalau awak kata lelaki semua sama.
Aku paling tak suka bila orang cakap 
" aku benci lelaki" "lelaki semua tak boleh diharap!"

Helllooooooooooo.......!!!
OMG! your dad is not a man ? owh .. your brother is "pondan" ?
kalau bapak kau tu bukan lelaki , macam mana kau boleh wujud dalam dunia ni?
macam mana abang kau boleh ada atas bumi ni?
B*D*H .. ! (-_-)

Kak ,, adik ni nak pesan kat akak .
'jangan ikut perasaan sangat , boleh mati anak orang kalau ikut perasaan marah/geram .'
ohh .! lagi satu ya kak ......
'sebelum cakap sila fikir baik buruknya dulu ya (^_^)


perempuan dilahirkan untuk lelaki begitu juga dengan lelaki :)
jangan terlalu menyalahkan kaun adam ya wahai kaum hawa , takut nanti terkena batang hidung sendir ^_^
lelaki tak semua jahat tak semua baik 
dalam dunia ni nak carik yang sejati memang susah . itu dah jadi perkara biasa.
kalau kecewa dengan lelaki , jangan nak menyebarkan fitnah tentang diorang , jangan la kutuk diorang , jangan pulak sesekali benci diorang .. sebab...
apa yang terjadi dekat kita sekarang mungkin kita pernah lakukan suatu masa dahulu :)
manalah tau kan...? kot kot kita terlupa . manusia tak sempurna :) dilahirkan dengan ada sifat pelupa .
ingat ya ! dengar cakap saya ni . even saya just 15 y/o :) 

"kadang kadang Allah turunkan hujan untuk kita . kita menagis dan mencari dimana matahari , rupanya Allah turunkan hujan sebab dia nak bagi kita pelangi "

p/s: kalau tak dapat tangkap kata kata saya . fikirkanlah sendiri . kaitkan diantara satu sama lain . awak ada akal awak ada minda . mesti awak boleh fikir . sedangkan saya yang kecil "sangat" ni pun boleh berfikir apatah lagi kakak kakak n abang abnag kat luar sana . ya dak ..?? ^_^

jangan pernah berhenti mencari :)

January 22, 2015

sakitnya

Di sebabkan jam tu . aku dengan dia masam muka. kat sekolah setiap kali terserempak dia mesti lari jauh dari aku  . aku senyum kat dia . dia masam muka kat aku . hati aku sapa tau . sakit tau tak. tahun ni aku pt3 . tapi awal awal tahun aku dengan dia dah makn hati . benda yang sekecil itu pun nak masam muka. aku letih . aku letih sangt . sangt sangt letih .

       aku kenal dia tahun lepas . tahun 2014 . dialah satu satunya kawan yang aku ada dalm kelas 2 umi kalthum . aku tak suka gaduh gaduh . aku tak suka masam masam muka. aku jadi tak selesa . sebab itu aku selalu mengalah even bukan salah aku sekali pun. kenapa dia perlu lari dari aku . aku tak faham.

        aku tak suka semua ni jadi. aku tak pernah suka. aku tak suka diantara aku dengan kengkawan aku ada status "gaduh" . dia tak pernah nak fahm aku. dia tipu aku banyak kali! bukn sekali! aku maafkan dia . sebab apa? sebab aku tk nak bergaduh! aku harap sangat.. keadaan ni takkan berlarutan. :(